~ Candle Light Dinner @ Puribali ~
Smalam cam teringin nk makan kat Restoran Puribali. Cikgu Amirol promote kaw-kaw bes. Nk la try cane, bes ke x. Masa aku sampai tu, lebih kurang kul 9 kot, dinner ke? Supper kot. hahahaha….
Tak smpai 5 minit waitress datang bawak menu, banyak giler buku menu yang dia bawak, cam orang nk jual buku. Aku belek2 rupanya buku menu yang berlainan. Mak oi! bahasa ape ni? Diaorang xpect aku ni pandai ckp thailand ke. Aku tgok hubby aku rilek je membelek2, x tahu la klu dia buat2 paham bahasa thai tu. Waitress yang nampak aku mcm x tahu ke mende ni tetiba bersuara tanpa disuruh.:-)
“Akak, terjemahan kat bawah setiap menu”… sengih2 minah tu, sindir aku la tuh. Hubby aku pun siap tambah “Sha x nampak ke?”… hahahhahaha… Nevermind.
Memandangkan terlalu banyak sangat menu, aku pun suggest biar waitress tu je yang cadang menu pe yang bes. So di bawah adalah menu yang kami berdua order pada malam tu;
TOMYAM TALAY MOR FAI, KANA PLA KEM, BUTTER PRAWN, SIAKAP….(lupa dh nama dia)….. Nama dia mmg unik, tp sebenarnya lebey kurang cam kat kedai biasa gak. Hiasan dalam restoran tu pun agak keTHAILANDan. Cam tgah shooting citer LONG KHONG….heehahahahehehahaaha.. seram ke? Macam x je…
Sambil2 tunggu makanan sampai, aku sembang2 la ngan hubby aku, ala2 romantik gitu…hahahaha… Tetiba…! Oh! Dunia ku gulap gulitaaaaaaaaaaaaaa….!!!!!!!!!!!!
Alamak! Letrik xde laaa…. kureng tul.
x lama lepas tu ade la mamat tu bawak lilin dalam cawan kiut sangat, hmmm…… korang bayang la sendiri….
wpun bergelap, ops! samar2… selera kami tetap tidak terganggu… hmm….all the foods taste good,padan la dengan harga.
Testimonial: Puribali is one of the best Thai restaurant in Terengganu.
Moral : Sila bawak lampu suluh jika anda keluar makan malam di PURIBALI..:-p