Hi dear…:-)
Sori, i havent been in touch for ages, quite buzy “body”, hehe..workload + holiday + mc + + + …bla..bla…
Aku baru balik dari KL 2 hari lepas. Holiday mode masih terasa, namun kerana tugas aku kuat kan hati, cekal kan hati, tabahkan hati dan segala mcm perasaan la demi berkhidmat untuk negara..:-)… 3 hari aku tinggalkan ofis tanpa sebarang khabar berita, sampai je ofis mcm2 berita aku terima. Satu demi satu masuk melalui telinga kanan aku, then dengan perlahan2 move out melalui telinga kiri aku… minda aku x dapat menerima berita2 panas yang hot itu (hahahha ayat mcm kambing bole cakap)…. Aku sebenarnya x cukup tido… sampai umah dari KL dh 11.30. Simpan itu, simpan ini, basuh itu, basuh ini, makan dunkin donut itu, makan dunkin donut ini (bab makan je tahu2 je makan ape hehehe)… tup2 dh kul 1.30. Aku nk mandi pun cam segan pilu (correction = silu), member husband aku ade kat umah aku, dia tumpang tido umah aku sbb dia xde umah, sian dia..hehehe
As, sha pegi Pavillion! Hahahaha, finally sampai jugak. Dalam chatting as asyik bgtahu jalan2 kat Pavillion. Hati sha jadi x keruan, nk tido malam asyik mimpi2 Pavillion (cane tu? mcm penah sampai je..hehe)..
Actually x la rancang pun nak sampai sana. Check out dari hotel nk menuju ke mana-mana (mana tu?). Ntah la, mana2 la. Tetiba nampak Pavillion, itu yang terus teringin, beria-ia,kemaruk nk masuk. Ye ke? Betul la, x sabar nk masuk. Apa la yang gah sangat ngan Pavillion tu. Biasa la, kat Ganu mana la ade mall2 besar gedabak macam tu. Nasib baik Petronas yang baik hati + kedekut tu bermurah hati nak sediakan Mesra Mall kat Kerteh tu dengan terpaksa. Paham?
Masuk Pavillion dengan harapan aku akan TERJUMPA bufday present yang suami aku idam2 kan. Pusing punya pusing, turun naik tangga bergerak (translation = escalator), tup2 aku jumpe kek besar gilerrrrrrrr kat depan pintu masuk (Bukit Bintang Entrance). Aku kan mana la penah jumpe kek besar mcm tu, sehari sebelum tu aku terbaca dlam paper je. So aku pun suh husband amik gambar kenang terkenang aku ngan kek gedabak tu walaupun husband aku agak ketakutan + ke*aluan + keseganan nak amik gambar aku. Ala, buat pe nk malu, kamera tu aku beli duit aku sendiri tau, husband aku tambah sket je…hehehe… Aku x kira, aku tetap nk bergambar dengan kek besar bagak itu. Dan akhirnya aku berjaya mencipta kenangan terindah dengan kek itu walaupun itu adalah pengalaman pahit suami ku.hahahahahahaha…. nanti aku tempel gambar kat sini eh.
Back to our topic. Aku kuar masuk butik, masuk kuar butik, masuk tak kuar-kuar butik, but still x jumpe hadiah spesel itu untuk suami ku. And finally aku rasa cam lega teramat sangat bila kedai terakhir yang kitaorang masuk itu menguntum senyum di bibir suami ku (hahahahahahahaha..geliiiiiii)…. “Miss, *ay *an please”… “Come, over there..”… “Can u please take dat one”… “dis one? but dis one without glass. Frame only”… Suami ku memandang ku dengan wajah yang suram….(terbayang2 lagi..hahaha)… “ok, thank u”… “Thank you, please come again”.
Cian dia…actually cian kat aku. Kaki aku ni mcm nk patah 18. Sebesar2 Pavillion tu xde ape yang kami cari. Hampeh sungguh…mana nk cari ni?????????? Kami rest jap.. meluruskan kembali kaki kami agar perjalanan kami akan berjalan lancar.:-)…
Untuk tidak rasa terlalu membazir berada di situ di tambah pula dengan dosa2 mata yang merata-rata kami menuju ke kedai yang berbau wangi-wangian. Suami ku yang baik hati menghadiahkan sebotol minyak wangi yang sungguh wangi..hahahaha…btw thanks! Kami decide nak keluar lepas beli perfume tu. Masa nk jalan kuar tu, lalu depan butik levis, lima langkah kedepan, tetiba husband aku ajak patah balik. Aku mmg dh agak…… Sempat gak dia sambar sehelai jeans untuk dia.
Lepas tu kami kuar, perut minta di isi. Mana la nk makan ni. Pusing-pusing-pusing-pusing…..akhirnya rumah kakak aku menjadi mangsa.hehehe… Lepak2 jap, kul 4 baru kami berdua gerak balik ke Terengganu, negeri yang paling basah pada bulan 12 ni. InsyaAllah, mintak2 Terengganu sentiasa dirahmati Allah…amin…:-)
Ok la, kita sambung esok la, banyak mende nk kena settle ni. Kita sembang cerita perjalanan pulang ku ke Terengganu.